Friday, May 1, 2015

Him

masa berlalu cepat. tidak sedar aku sudah meningkat dewasa. bakal mencapai umur 23 tahun. ya, aku sungguh takut akan perjalanan masa hadapan yg bakal aku lalui. tetapi, aku dikuatkan olehNya. percaya pada takdirNya. Allahu, siapa tahu mungkin tahun ini , tahun depan atau akan datang aku bakal menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak anak ku. Hanya Allah tahu. Aku redha padamu. Jika benar dia adalah jodohku yang terbaik.. satukanlah kami dengan perjalanan kehidupan yang indah dan mulia disisimu.. 

pernah suatu ketika, aku hampir kehilangannya. Allah, kau maha kuasa. Kau berinya kesempatan untuknya dan untukku melihatnya lagi dan meneruskan apa yang kami rancang. Rasa hati sedih memikirkan jika pada waktu itu, nyawanya kau ambil. Allah.... tidak aku mengharapkannya terjadi..
Sekarang, aku sungguh bersyukur dia masih ada . menjawab panggilan, membalas pesanan. Syukur. 
tatkala pena menaip, air mata jatuh mengenangkan kembali memori indah dan duka dirempuh onak duri. Kuat ! aku harus tetap kuat. ini adalah sesuatu yang indah. perjalanan bersamanya sungguh bermakna buatku. 


Yakin. sungguh ku yakin dialah orangnya. Cuma, aku dan dia perlu kuat menghadapi pelbagai cabaran mendatang untuk menguji. Kuatkan hati kami dalam ketetapan. Aku ingin menjadi isteri terbaik buatnya, anak terbaik buat keluargaku dan rakan terbaik disisi rakanku. Allah.. pandulah aku..





pena dari hati, atie.

No comments:

Post a Comment